Saturday, September 3, 2011

4 Perkara yang Perlu Kita Ingat...


1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita.
Apabila kita ingat kebaikan orang,kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan.
Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.
Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan,kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat. Ditakuti nanti,apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang lakukan,menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.
  Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.
Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud:" orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti  daun kering yang dijilat api".
Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit.Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.
4.  Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.
Sebagai manusia,memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.
     Bagaimanapun,agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka.Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain,kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.
    Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud:"orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya".
     Lupakan kejahatan orang terhadap kita.Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita,malah menjadikan hidup kita tidak ceria.Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Jangan Ada Rasa Benci...


Oleh Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
           
  • Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam.
  • Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan


    1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
    2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu  berwaspada setiap masa).
    3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
    4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.
    5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
    6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
    7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
    8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
    9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
    10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
    11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
    12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
    13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang
    memerlukan simpati dan perhatian.
    14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
    15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan
    kelemahan atau keburukan orang lain.
    16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

  • Terlebih Dahulu Baiki Diri
    terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

    "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu),
    sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"